Monday, November 29, 2010

~Cinta itu Indah~




~CINTA itu indah~
betul ke??
sesetengah orang berpendapat mengenai cinta seperti berikut :
CINTA itu datang dan pergi~
CINTA itu kepercayaan~
CINTA itu kesetiaan~
CINTA
itu membunuhku~
CINTA itu menyakitkan ku~
CINTA tak semestinya memiliki~
CINTA bergantung pada takdir~
CINTA itu kebahagiaan~
melihat kebahagiaannya itulah CINTA~
CINTA Segala galanya~
CINTA merumitkan~
tak percaya dengan CINTA~
CINTA adalah nafsu?~
CINTA 1 ikatan perjanjian antara dua insan~
CINTA dalam hati~
dan macam2 lagi lah...
Setiap orang mempunyai pandangan mengenai CINTA~

sementara itu aku masih tertanya tanya apakah makna CINTA yang sebenarnya
adakah menyukai seseorang adalah CINTA
atau perasaan yg lama terkubur adalah CINTA
meluahkan isi hati adalah CINTA sebenar, yang sememangnya menguji kekuatan iman pada diri? menyakitkan jika CINTA bertepuk sebelah tangan.. yang lebih menyakitkan lagi jika menCINTAi seseorang dan tidak pernah menyatakan CINTA...



CINTA itu dapat mengubah pahit menjadi manis ,
debu beralih emas ,
sakit menjadi sembuh ,
susah menjadi senang dan kemarahan menjadi rahmat
jangan simpan kata-kata CINTA pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia
dan sebaliknya kamu akan meluahkan rasa CINTA di atas pusaranya..


Setiap Relationship yang terjalin pasti akan ada kenangan...
x kira lah kenangan manis mahupn pahit...
so.... Hargailah setiap detik2 indah selama menjalinkn hubungan bersama
org yg kamu syg..

Monday, November 22, 2010

~Hati ini~



"Hanya Aku"
Sorry update blog lambat sangat.. ^_^
acctually bukan tak nak update cuma masa tak mengizinkan aku untuk memperbaharui blog yang tak seberapa ini dan terkadang tue mood aku pandai b'ubah2 bukan aku jelah korang pun sama.. hehe..
okay sekarang aku nak kongsi sedikit dengan korang tentang hati dan perasaan ini..
mesti korang nak tau siapa pasangan atau pujaan hati mamat hensem nie kan.. huhu..
dah lah hensem cute plak tue.. haha.. aku angkat bakul sendiri dulu lah er..
sebab kalau tunggu korang puji pun sampai kucing bertanduk dulu baru korang nak puji.. :p
okay berbalik tentang siapa pasangan dan pujaan hati ini...
pasangan ku "tiada" pujaan hati pun "tiada"
sebab aku belum kahwin lagi still available bah.. siapa yang available tu jomlah isi borang
haha "promote diri sudah" joke*..
okay serius mood... ^_^
tentang pasangan ku: buat masa ni pasangan tiada lagi, aku ni taklah sehensem yang korang sangka mesti korang tahu 1 peribahasa "Indah kabar Dari Rupa" begitulah juga aku.. so tak payah lah aku nak terangkan kenapa aku cakap peribahasa tu sama je dengan aku.. korang faham2 lah er..
tentang Pujaan Hati ini: semua orang ada pujaan hati begitu juga lah diri ini..
pujaan hati ini adalah emak , bapa dan keluarga.. ^_^
dalam hati?? kata datok siti Nurhaliza apa?? Biarlah Rahsia....
"Hanya Aku" Dan Yang Maha Mengetahui je yang tahu..


Aku "Hanyalah aku"
Mencari ruang untuk memperbetulkan diri
menyesuaikan diri jauh dari orang yang di sayangi,
mencari matlamat hidup sebagai seorang insan
tak ingin diri ini hidup bergantung harap pada orang lain

Aku "Hanyalah aku"
Walau pun perit akan ku tahan
Walau pun derita akan ku selindungkan
Walau pun sedih akan ku sembunyikan
Walau pun sakit akan ku biarkan

Aku "Hanyalah aku"
Mencintai ingin di cintai
Mengasihi ingin di kasihi
Menyayangi ingin di sayangi
Merindui ingin di rindui

Aku "Hanyalah aku"
Membenci bukanlah diriku
Keegoan bukanlah sifatku
Pemarah bukanlah caraku
menyakiti hati bukanlah kehendakku

Aku "Hanyalah aku"
Berserah hanya padaNya (Pengasih)
Meminta hanya padaNya (Pengampun)
Percaya hanya padaNya (Adil)
Bersyukur hanya padaNya (Besar)

Tuesday, November 9, 2010

~Perjalanan Ku Bermula Di Sini~





~Dari kiri : Salleh atau nama Glamournya (pacik Atong) , Aku "Hanya aku", Nasir (pacik nasir) , Adan (My Brother), Sabrie nama glamour (Onggeng@Ted) merangkap pacik aku jgk pacik (Muda), Umar, Shahril (Pacik)~
Nak tau siapa yang tangkap Gambar ni? kemudianlah.. hehe ^_^


Assalamualaikum wbt, hai para pembaca yang sudi membaca coretan "Hanya Aku" terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog "Hanya Aku" yang tak seberapa ini.. aku amat2 la menghargainya...
Okey firstly, kalau nak tau gambar di atas adalah gambar hari pertama aku Berada di Bandar Kuala Lumpur (KL), hensem2 kan kami tp klu di perhatikan betul2, semuanya dress2 kampung je.. hihihi... ^_^
Hari ini jugalah permulaan perjalanan ku mencari impian yang tak pasti, adakah impian yang aku nanti2 kan berada di bandar besar ini yang akan merubah hidupku dan mempunyai masa depan yang cerah atau pun sebaliknya? hanya tuhan saja yang tau di mana dan apa kejadian bila aku berada di negeri orang, aku pasti akan mendapat dugaan dan cubaan ketika berada di negeri orang ini namun begitulah hidup seorang perantau mencari erti hidup yang sebenarnya, jauh dari keluarga yang tersayang..
Aku masih ingat lagi detik2 Bersama saudara dan pakcik2 ku ini, rindu sangat waktu bersama mereka tp kini semuanya hanya tinggal kenangan, kenangan yang aku akan ingat siapa diri ini dan di mana asal diri ini , aku hanya lah seorang perantau yang berasal dari kampung dan satu nasihat yang akan aku ingat selama-lamanya kata2 dari seorang yang dah tua, masih segar lagi di dalam kepala ku saat dia memberi nasihat kepada ku dia berkata "dalam hidup ini mesti mau sabar , tiada apa yang boleh menandingi bila kita mempunyai sifat sabar dalam diri", seorang yang tua itu adalah atok ku yang banyak memberikan nasihat dan pengajaran padaku.. Kata2 itulah yang memberikan aku semangat untuk terus hidup di negeri orang sampailah ke hari ini..
dah mcm karangan lah plak aku buat coretan nie kan.. huhu..
tengok gambar di bawah:




-Ya!! inilah orang yang tangkap gambar kitorang di atas tu...Machokan ^_^ klu nak tahu ni siapa..? nilah pacik Gue ,Namanya Rizal.. dah lama menetap di keHeL ni dialah yang menjaga kami di sini (KL) dan dia bekerja sebagai seorang cikgu..tp sebelum tengok kehenseman pacik ku nie tengoklah anak buahnya dulu..huhu..pacik ku ni Sangat Tegas orangnya,klu dia cakap tak boleh mesti tak boleh lah tu , klu sekarang sekarang lah juga tu janganlah cuba2 nak membantah..tp di sebalik ketegasannya Dia juga seorang yang Penyayang,Prihatin dan Sporting.. tp sekarang pacik ku ni pun jadi kenangan juga sebab kenapa aku cakap jadi kenangan.. kenangan Remaja2 lah..:),sebab dia dah berumah tangga, dah berkawin dengan orang Negeri 9..Not available sudah.. tagline yang sesuai "Im Not Single"..hehe..-

~KINI~

Ya itulah dia!!
gambar di atas adalah tempat aku berkerja (It Club)
di sinilah aku mencari rezeki dan pengalaman
aku sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih berkerja di tempat ini
inilah yang di katakan oleh atuk aku
"jika berada di perantauan dengan niat mencari rezeki yang halal
InsyaALLAH, kau akan dapat..
tp
klu kau cuma mencari hiburan dan utk bersuka ria di perantauan
kau akan mudah tersesat dan hanya mendapat rezeki yang haram"
dan sampailah ke hari ini tak sedar2 dah 2 tahun aku berkerja
ALHAMDULILLAH, ku ucap kan...
Semoga aku akan terus menerus mendapat ke Redhaan ilahi
dalam mencari rezeki hidup sehari harian ku... amin.. ^_^