Tuesday, November 9, 2010

~Perjalanan Ku Bermula Di Sini~





~Dari kiri : Salleh atau nama Glamournya (pacik Atong) , Aku "Hanya aku", Nasir (pacik nasir) , Adan (My Brother), Sabrie nama glamour (Onggeng@Ted) merangkap pacik aku jgk pacik (Muda), Umar, Shahril (Pacik)~
Nak tau siapa yang tangkap Gambar ni? kemudianlah.. hehe ^_^


Assalamualaikum wbt, hai para pembaca yang sudi membaca coretan "Hanya Aku" terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog "Hanya Aku" yang tak seberapa ini.. aku amat2 la menghargainya...
Okey firstly, kalau nak tau gambar di atas adalah gambar hari pertama aku Berada di Bandar Kuala Lumpur (KL), hensem2 kan kami tp klu di perhatikan betul2, semuanya dress2 kampung je.. hihihi... ^_^
Hari ini jugalah permulaan perjalanan ku mencari impian yang tak pasti, adakah impian yang aku nanti2 kan berada di bandar besar ini yang akan merubah hidupku dan mempunyai masa depan yang cerah atau pun sebaliknya? hanya tuhan saja yang tau di mana dan apa kejadian bila aku berada di negeri orang, aku pasti akan mendapat dugaan dan cubaan ketika berada di negeri orang ini namun begitulah hidup seorang perantau mencari erti hidup yang sebenarnya, jauh dari keluarga yang tersayang..
Aku masih ingat lagi detik2 Bersama saudara dan pakcik2 ku ini, rindu sangat waktu bersama mereka tp kini semuanya hanya tinggal kenangan, kenangan yang aku akan ingat siapa diri ini dan di mana asal diri ini , aku hanya lah seorang perantau yang berasal dari kampung dan satu nasihat yang akan aku ingat selama-lamanya kata2 dari seorang yang dah tua, masih segar lagi di dalam kepala ku saat dia memberi nasihat kepada ku dia berkata "dalam hidup ini mesti mau sabar , tiada apa yang boleh menandingi bila kita mempunyai sifat sabar dalam diri", seorang yang tua itu adalah atok ku yang banyak memberikan nasihat dan pengajaran padaku.. Kata2 itulah yang memberikan aku semangat untuk terus hidup di negeri orang sampailah ke hari ini..
dah mcm karangan lah plak aku buat coretan nie kan.. huhu..
tengok gambar di bawah:




-Ya!! inilah orang yang tangkap gambar kitorang di atas tu...Machokan ^_^ klu nak tahu ni siapa..? nilah pacik Gue ,Namanya Rizal.. dah lama menetap di keHeL ni dialah yang menjaga kami di sini (KL) dan dia bekerja sebagai seorang cikgu..tp sebelum tengok kehenseman pacik ku nie tengoklah anak buahnya dulu..huhu..pacik ku ni Sangat Tegas orangnya,klu dia cakap tak boleh mesti tak boleh lah tu , klu sekarang sekarang lah juga tu janganlah cuba2 nak membantah..tp di sebalik ketegasannya Dia juga seorang yang Penyayang,Prihatin dan Sporting.. tp sekarang pacik ku ni pun jadi kenangan juga sebab kenapa aku cakap jadi kenangan.. kenangan Remaja2 lah..:),sebab dia dah berumah tangga, dah berkawin dengan orang Negeri 9..Not available sudah.. tagline yang sesuai "Im Not Single"..hehe..-

~KINI~

Ya itulah dia!!
gambar di atas adalah tempat aku berkerja (It Club)
di sinilah aku mencari rezeki dan pengalaman
aku sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih berkerja di tempat ini
inilah yang di katakan oleh atuk aku
"jika berada di perantauan dengan niat mencari rezeki yang halal
InsyaALLAH, kau akan dapat..
tp
klu kau cuma mencari hiburan dan utk bersuka ria di perantauan
kau akan mudah tersesat dan hanya mendapat rezeki yang haram"
dan sampailah ke hari ini tak sedar2 dah 2 tahun aku berkerja
ALHAMDULILLAH, ku ucap kan...
Semoga aku akan terus menerus mendapat ke Redhaan ilahi
dalam mencari rezeki hidup sehari harian ku... amin.. ^_^

No comments:

Post a Comment